My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

richmond park

sabtu lepas, aku dan lingwei pergi melawat richmond park, sebagai sambutan habis exam.
baca kat website dan menurut rakan2, richmond park ni ada banyakk rusa. 350 ekor. so
kitorang pun excited la nak menengok rusa-rusa yang berkeliaran disitu.




tengok map richmond park tu punyalah besar gilos. rusa-rusa ni tak duduk dekat tempat spesifik, so
they could be anywhere. and they usually duduk dalam kumpulan kan. so aku dan lingwei pun jelajah la
park tu mencari rusa. lebih kurang sejam kot kitorang jalan tak jumpa apa apa. haha.. if only we had
a 'deer detector'. it was soo tiring and a little disappointing at first. tiba-tiba, barulah ternampak dua 
ekor rusa tengah makan rumput. alhamdulillah, gembira hati Tuhan je yang tahu. ahaha :D



 ridiculously photogenic deer



masa nak pergi dekat rusa tu, boleh pulak tanya, "deers don't eat human, right?". hahaha
just in case. :)) rusa2 ni friendly, tak lari dan tak kejar pun. siap posing pandang kamera lagi


lepastu, jumpa lagi sekor rusa tua tengah tidoq. tanduk bercabang-cabang.
teringat rusa yang bawak kereta santa claus tu. 


selfies with deers



selain rusa, richmond park ni ada isabella plantation, kebun bunga yang ada banyak bunga.
kalau nak compare dengan kew gardens, I would say isabella plantation is nicer.




0 pendapat bernas:

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino