My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Istanbul!

ceritanya bermula bila aku bertemu dengan intan dekat program 'journey to jannah' tiga bulan lepas.
intan pun perkenalkan kak ara, yang tengah ambik masters kat kent. after the program, kitorang naik
bas pergi oxford street. and masa dalam bas tu, tetibe intan cakap macam nak pergi istanbul. pastu,
aku pun cakap nak ikut. kak ara pun cakap nak ikut. and tadaa, kitorang pun plan nak ke situ. haha


disebabkan kitorang masing2 busy dengan workload masing2 dekat uni, tak sempat nak plan betul2
trip ni. kitorang tengok dekat tripadvisor.com ada suggested plan untuk 3 hari. so kitorang ingat nak
guna plan tu je lah. and kitorang agreed untuk plan for the next day dekat bilik je setiap malam.


Day 1: 28 December 2013

naik flight pukul 10am lebih, sampai istanbul pukul 5pm. pastu naik teksi ke hotel yang kitorang
dah book;which is hotel amore. lepas sampai,kitorang pun tunjuk la our reservation email.receptionist
tu tak reti cakap english, dan from his reaction, macam ada problem je dengan reservation kitorang.
aiseh. receptionist tu pun call kawan dia yang reti cakap english, suruh translate untuk kitorang.
rupanya ada masalah paip dekat hotel amore,so diorang pun tolong carikan hostel lain. lepas dah
agreed with the price of the other hostel, kitorang pun pergi la ke hostel tersebut. hostelnye pulak
takde wifi. adoi. macam mana nak plan trip nih? esok nak pergi mana? macam mana? memang kabut
la lepas tau hostel takdak internet. takpelah, cari wifi dekat memana restoren masa dinner je.

atas: hotel amore. bawah: gunakan peluang wifi yang ada dekat cafe


lepas dah plan tempat2 untuk pergi keesokan harinya, kitorang pun pergi lah tanya direction dekat 
receptionist hotel mewah sikit yang reti cakap english. selalunya, dekat reception hotel2 kat kawasan
pelancongan, diorang selalu bagi map free dekat tourists. macam kat spain, italy, portugal, etc. tapi
istanbul ni pelik sikit. takde free map. so, bantai je lah, esok kalau sesat tanyalah lagi kat sesiapa.


Day 2: 29 Disember 2013

so plan kitorang harini nak pergi ke kawasan sultanahmet, dimana terdapatnya blue mosque,
topkapi palace, hagia sophia, dan basilica cistern yang dicadangkan oleh tripadvisor.com.
kitorang pun jalan kaki dari hostel ke sultanahmet tu. masa tengah on the way, ada penjual
buku ni kata ada free map, so kitorang pun pergi kat dia. rupanya dia suruh kitorang beli 
buku dia for 25lira baru dapat free map. kitorang pun takmau la beli sebab before that
ada penjual yang jual buku yang sama for 5lira je. sekali dia marah and maki hamun
kitorang dalam bahasa turkish. last2 tu dia cakap 'go to hell'. hahaha what the fish? -.-


lepas sampai kat sultanahmet, kitorang pun pergi ke blue mosque dulu. baru pukul 9 lebih
dah ramai gile orang beratur nak masuk blue mosque. nasib baik tak kena bayar so tak
tunggu lama sangat pun untuk masuk. 

view dari luar

view di dalam


lepastuuu kitorang ke topkapi palace pulak. mak aih menimbun manusia beratur. lama gak lah tunggu
 nak masuk situ. dah masuk pulak, topkapi palace besar, sampai maghrib masa habis dekat situ saja.
 so tak sempatlah nak cover hagia sophia dan basilica cistern sepertimana yang telah diplan. 



lepastu, kitorang makan dekat restoren green corner. sedappp gilosss makanan2 dia.
dah habis makan, kitorang dapat free turkish green apple tea. yummms.

selera turkey


lepas habis makan, kitorang pun berlegar dekat kawasan antara hagia sophia and blue mosque.
hari dah gelap gelita. nak balik naik tram, tapi taktau the nearest station to our hostel. last2 we
decided untuk naik teksi je. drebar teksi tu cakap untuk ke hostel kitorang, tambang kira2
45lira. disebabkan dah letih and dah gelap, kitorang pun setuju je.


sekali takdelah jauh sangat pun hostel kitorang. sekejap je pun naik teksi. tak masuk akal lah
45lira sebab masa naik teksi from airport (yang lagi jauh) kena bayar 37lira je. kitorang tiga2
duduk kat seats belakang, so tak nampak meter teksi sebab terlindung dengan gear. ah, takpe
lah, bayar je. aku pun bagi la 50lira kat drebar tu. pastu drebar tu cakap, "big money! big
money!" dia hulur balik duit kat aku. aku tengok; eh, 5lira? tadi aku ingat aku bagi 50lira.
haih, tersilap tengok rupanya. aku pun hulur lah lagi 50lira. drebar tu cakap lagi, "big money!
big money!" dia marah2, dan mengeluh sambil hulur duit tadi. eh, aku terbagi 5lira lagi kat
dia. adoyai. last2 aku pun bagi la 100lira. drebar tu jerit lagi kuat, "big money! big money!"
dia hulur balik duit kat aku. 20lira. ya Allah! serius lah aku bagi 100lira tadi. takkan silap
tengok. drebar tu marah2 sebab aku bagi duit kecik. dia pun hulur tangan dia kebelakang
untuk capai duit2 aku tapi aku elak. "give me big money", katanya.
 intan pun cakap, takpe2, intan bayar.


lepas intan bayar, aku pun cakap sorry dekat driver tu sebab I seriously didn't realise i gave him
small money. sebab dalam teksi tu gelap, so tak nampak sangat duit. but... this is really weird.
aku konfem aku bagi 100lira, bukan 20lira. aku cakap kat intan and kak ara, aku rasa aku kena
santau. intan dan kak ara pulak bincang pasal kita kena tipu sebab fare lagi mahal dari fare from
airport. lepas dah sampai hostel, baru aku terfikir. ya Allah!! I was tricked! I did give him big
money, and dia laju2 tukar dengan small money. ughhhhhh. habis 200lira aku kena kebas.
bencinyaaaa! T_T takpelah, bila fikir balik, pengalaman ni lah yang membuatkan trip ke
istanbul ni memorable. haha. intan cakap, muka aku baik sangat kot, dekat portugal haritu
pun pernah kena rompak jugak. haha. adoi. kena jadi ganas sikit lain kali. :/


Day 3: 30th Disember 2013

disebabkan semalam tak sempat nak ke hagia sophia, kitorang pun plan nak ke sultanahmet lagi harini.
pagitu kitorang makan kat satu restoren ni. waiter dia sangat friendly with fluent english. lepas habis
 makan, harga total abt 36lira termasuk service charge. aku pun bagi 40lira, waiter tu cakap thank you
and nak blah. pastu aku cakap, "ummm, the change, please?". waiter tu cakap, "don't you wanna give
me a tip?" pastu aku senyum and cakap sorry. pastu waiter tu terus berubah jadi bengis and cakap,
"I guess in your country, people don't tip the waiters". pfffttt.. dalam bil tu dah ada service charge kot!
duit aku dah la baru kena curik semalam. buat kerja tak ikhlas. pfffft. -.-  


kitorang terus blah cepat2 ke sultanahmet. terjumpa information centre. hahhh akhirnya dapat free map.
tapii, kitorang dapat tau yang hagia sophia tutup hari isnin. so kitorang pun pergi ke basilica cistern je.


dekat dalam basilica cistern tu ada photobooth, harga 5lira per picture. disebabkan
 murah kitorang pun excited la nak bergambar kat situ, siap berkostum bagai. :))


lepastu, kitorang pun jalan2 cari grand bazaar. plan harini nak setelkan souvenirs. masa otw ke grand 
bazar, terjumpa kedai sorang mamat turkish kacak with fluent english. dahlah kacak, barang2 dia pun
murah sebab kedai dia dah nak closing down. kacak tu tak penting; yang penting he has a very cute
cat!! kucing tu siap panjat on my lap and duduk dengan selesanya. bila aku nak blah, dia panjat seluar
 aku. awww <3. cute sangat. mamat kedai tu cakap she just got engaged with the next door cat.haha



lepas sampai grand bazaar, kitorang asyik kena marah je. most penjual2 yang kitorang encountered 
 kat istanbul ni sangat mendesak untuk kitorang beli. kitorang tak tawar menawar pun, diorang yang 
turunkan harga sendiri, pastu bila kitorang taknak beli, diorang marah. bila beli pulak, kena layan
dengan lembut sekali. siap kena puji lagi, 'masyaAllah, sister. you are so beautiful'. pffft, kalau aku
tak beli jangan haraplah nak puji kan. ahahaa 


grand bazaar.


lepas keluar grand bazaar, kitorang lalu kat satu lorong ni, banyak gila jual selendang and tudung bawal,
lagi lawa and lagi banyak pilihan dari dekat grand bazaar. tapiiiii rupanya lorong tersebut hanya untuk 
wholesale. minimum kena beli 20helai. sedihh gilos sebab aku ternampak tudung bawal jeans yang lawa
gile gile, tapi tak boleh nak beli T_T tak pernah jumpa tudung bawal jeans kat malaysia. haih

lorong kedai2 wholesale


di penghujung lorong tu, kitorang masuk ke spice bazaar. beli turkish delight, baklava, and turkish tea/coffee.
ada satu kedai pakcik ni baik gile. and pekerja dia comel gile. masa ara tengah beli coffee, pekerja dia borak
dengan aku and intan. dia tanya umur kitorang berapa. intan suruh dia guess. dia cakap 19. aku cakap 
'wrong guess'. pastu dia cakap, 'oh, you break my heart!'. terus dia capai paip air, konon2 nak sembur
kitorang. kitorang pun lari lah. pastu dia pun sembur kat atas lantai, buat bentuk 'love'. hahaha..
terkekek-kekek kitorang gelak. nasib baik lah hensem. kalau pakcik tua yang buat bentuk love tu, 
konfem kitorang lari jauh2. hahaha




Day 4: 31st December 2013

pagi tu kitorang pergi makan kat satu restoren ni. waiter dia friendly. masa kitorang tengah makan,
ada sorang orang turki yang baru masuk restoren tu, cakap bahasa melayu dengan kitorang. dia
tanya, "dari malaysia?". kitorang angguk. dia tanya lagi, "kuala lumpur atau johor bharu?". pastu 
tetibe chef and waiter restoren tu marah2 lelaki yang tegur kitorang tadi dalam bahasa turki.
lelaki tu cakap "I lived in Malaysia, I know how to speak their language!". tapi chef and waiter
tu balas dalam bahasa turki and halau lelaki tu. waiter tu sampai nak tumbuk and ditahan oleh 
the chef. huh?? tak faham lah. tetibe je? rasanya diorang ingatkan lelaki tu ganggu kitorang
kot. padahal lelaki tu was just being friendly. hahah. weird.

the waiter


so harini barulah kitorang dapat settlekan hagia sophia.. memang hagia sophia a must-see attraction lah.
cantikk sangat masjid/church/museum ni. 


lepas hagia sophia, kitorang cari penjual tiket bosphorus boat tour. sorang penjual ni letak harga
40lira per person which is much more expensive compared to the other guy we talked to on day2.
so kitorang pun taknak la beli. sekali dia marah2 kitorang. pfft. panas baran betul. kitorang pun
blah dari situ. dia jerit panggil kitorang, dia turunkan harga to 30lira. hmmm,ok kot 30lira. so
kitorang pun beli je lah dari dia. intan tegur dia suruh speak nicely. dia kata memang tona suara
dia macam tu. pastu terus dia lembutkan suara, macam mengejek kitorang. haha. lantak pi la hang. 


bosphorus boat tour tak besttttt sila jangan naik boat tour. 2 jam yang sangat membosankan.
lebih baik spend masa pergi tempat lain. haih. dah lah sejuk gile sampai pedih2 tangan.


last skali, kitorang habiskan trip dengan makan aiskrim goreng turkey. sedappppp sangat!



itulah dia penamat cerita kami di istanbul.
kesimpulannya, kalau nak pergi istanbul, better pergi bersama lelaki. sebab kebanyakan kawan2
kitorang yang pergi dengan lelaki, macam takde masalah je kat istanbul. andddd, walaupun kami
tak sempat nak habiskan tempat2 penting kat istanbul ni; pengalaman yg kami dapat pun dah
cukup berharga, alhamdulillah. "It's not the destination, but the journey that matters"
thanks for the memories, ladies :)


5 pendapat bernas:

Whoa! Thank you..

wau..kak eju..banyaknya dugaan dan cabaran. Orang turki pny pitch ni mmg sume tinggi ke apa..zzz.

eju

Kak ara: sama2 ;)
Mira: hahah yg kitorang jumpa je kot yg pitch tinggi :p

Salam eju,
u ada contact number MARA Hostel sussex garden paddington tak?
saya nak minta tolong jika ada.. yang dalam MARA london website tu macam dah lama, contact x boleh whatapps. Plan nak transit 2 nights on 2-4 Mac 2014. Any idea untuk penginapan murah di london?

Eju

Wslm, unknown

Nombor ni boleh whatsapp: encik Nasri- +447825563483.
Tapi better call kot, lebih formal

Boleh jugak try contact malaysian hall. Or central hostel, murah http://www.centralhostel.co.uk

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino