My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Winter Trip 2: Portugal

Selepas melawat Italy from 15-17 Disember [link], kitorang meneruskan percutian lagi 3 hari 
dekat portugal pulak. cuaca dekat portugal memang terbaikkkk lah. takyah pakai kot pun takpe
bile angin tiup je terasa sejuk sikit.


18 Disember 2012:

from Rome, kitorang naik flight ke Lisbon, Portugal. sampai kat lisbon dalam pukul 11-12. lisbon
punya public transport memang terbaikkk. senang nak faham and murah gilos nak mampos. hahah.
lepas dah letak beg kat hostel, kitorang pun keluaq la melawat lisbon.. memula plan nak duduk
lisbon dua hari. 18 and 20. 19 pergi lagos. tapi tetibe terjumpa Sintra punya pamphlet dekat 
hostel, which is one of the world's heritage site classified by UNESCO. pelayan kat restoren
yg kitorg makan pun recommend utk tgk sintra ni. so kitorang cancel plan awal untuk rehat2
je kat lisbon, sebab 20 haribulan nak pergi ke sintra.


kitorg plan nak tengok sunset dari atas bukit, so kena naik tram untuk pergi ke atas bukit tu. dan
bermulalah satu peristiwa yg tak boleh dilupakan di dalam tram. peristiwa kena rompak..masa naik
tram for the first time, lepas turun tu hazee cerita yg ada sorang pompuan baju kaler oren cuba untuk
bukak zip beg hazee, tapi hazee sedar. masa tu dah terasa cuak skit la.. lepas tu, masa naik tram
lagi sekali, tram tu sesak gile, aku, intan, atiqah, and hazee terpisah sebab orang tolak2 nak cari
space inside the tram. aku ternampak la pompuan baju kaler oren. teringat apa yg hazee cerita
td. tapi bila fikir balik, mungkin pompuan ni orang lain kot, sebab dia nampak betul2 macam
tourist. dengan peta kat tangan, sunglasses nyer.


masa orang tolak2 tu, aku ternampak beg aku terbukak sikit. so aku tutup balik beg aku and tengok
beg aku tanpa henti. & masa ni, aku rasa yang sekumpulan perompak ni nampak yg aku jaga gile beg
aku, so they know there's something precious inside. tetibe sorang laki ni cakap dengan aku dalam
bahasa portugal. pastu dia tunjuk belakang and cakap 'your group'. pastu aku tengok2 and cari Intan
tapi tak jumpa. oh dangg, intan dah keluar tram ke? masa tu aku distracted gile ah sebab aku ingat intan
dah turun. rupanya intan ade je, tapi terlindung sebab intan kecik.. ahahah.. so the next stop tu baru
kitorang turun.


turun2 je, aku cek dlm beg aku. sheeet. kad2 aku dah hilang. student card, bank card, oyster, tickets.
gone. gone! aku cam, terkaku sekejap xtau nak buat apa. pastu aku fikir, tak kira, aku nak buat 
announcement jugak kat dalam tram tu. pastu masa aku nak naik balik, and right before pintu tram tu
tutup, ada sorang pakcik ni pulangkan kad2 aku. dia kata 'u dropped this'. ya Allah, nasibbb baikkk.


aku tak cam yg pakcik ni orang yg sama dgn orang yg cakap bahasa portugal dgn aku tadi ke atau org
lain sebab it happened too fast. tapi theory aku, if pakcik tu org lain, mungkin pencuri tu ter-drop aku
punya kad lepas dia cungkil beg aku. dan if pakcik tu is the pencuri himself, mungkin dia nak duit je,
so bila tengok kad2 je, dia taknak so dia pulangkan. hahah. alhamdulillah la dapat balik kad2 tu. :')


lepas sampai atas bukit and tengok sunset yg cantik gileeeee, terus terlupa kejadian lepas. serius cantik
 sangattt sunset kat lisbon. aku sampai terjerit 'fuiyoo' kat kawasan restoren yg ada ramai org. luls


19 Disember 2012:

aku dah belikan tiket bas from lisbon tu lagos before sampai. tak perasan pulak yg perjalanan from
lisbon tu lagos tu ambik masa 5 jam 30 minit. ahahahha. bapak lama gile. but it was worth it la.. bas
tu tak ramai orang, ada dalam less than 10 je orang dalam bas, so boleh pilih seat mana yg kitorg nak.
and pemandangan masa journey nak pergi lagos pun not bad. ada kincir angin, ada farms, bukit bukau.
naik bas pukul 7.30am, sampai pukul 1 tengah hari.


sampai2 je, terjumpa satu shop utk beli tiket dolphin trip. perempuan kat kedai tu cakap yg takde
bot musim winter ni. so kitorg tanya la apa yg menarik kat lagos ni? dia kata ada church. whatthha.
dtg jauh2 tengok church je? baik xyah. penat2 je naik bas 5 jam. hahah.. pastu lepas makan, tejumpa
information centre. tanya pasal pantai batu2 yg kitorang nampak dari internet tu, katne nak tengok.
rupanya dekattt je. 10 minit je jalan nak tengok pantai tu. masa tu happy gile terasa. :)) xyah naik
bot pun xpe.. tapi lepas sampai kat tepi pantai, terjumpa org melayu baru lepas naik bot. hahahah
pompuan dolphin tadi tipu kitorang. kurang asam punye pompuan.



last2 kitorang jalan je along the pantai. tapi berbaloi jugak sebab boleh siap naik cliff tengok
pemandangan dari atas. subhanAllah, cantikkkkkk sgt tak tergambar dek kata2. klu compare
dengan port dickson memang jauh sangat beza la. hahaha.





20 Disember 2012:

pagi tu, metro stations semua tutup..memula dah terasa kecewa dah, maybe x dpt tengok
 sintra. tapi, nak seribu daya, taknak seribu dalih. carik2 last2 jumpa train station utk ke sintra.. 
tiket murah gile, 4.6 euro je return. 


memula kitorang pegi ke palace of pena. aduhhhhai, palace ni berlumut, berdaki! hahaha.. tak macam
dalam gambar. macam dalam toilet yg x basuh je. kotor gile. klu diorang bersihkan palace ni, konfem
cantik gile. sebab we could imagine how nice it is without all the lumut. 


lepas masuk palace, gi jalan2 kat taman istana. taman dia dalam hutan je.. hahah.. 
tapi cantik la hutan omputih. jungle trekking sekejap.


lepas tu, gi moorish castle pulak. we made the right choice to visit this castle last, sebab castle ni
cantik gilossssss. memang a nice way to end our trip :) tapi gile gayat la sebab tangga dia cam tak
secure sangat. kalau jatuh konfem meninggal dunia. tapi aku memang takut tinggi pun; intan siap
berdiri betul2 tepi bucu at the topmost part of the castle lagi dan masih hidup. hahahh..



so berakhirlah sudah, winter trip selama 6 hari 5 malam di italy & portugal.. 
pengalaman yg takkan pernah aku lupakan sampai bila-bila :)

2 pendapat bernas:

subhanallah lawa gils scenery..! jeles nya lah dgn korang =D

haaaa pegi pegi :D korg pon best gk gi ski..

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino