My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Paris- Eiffel Tower & Disneyland

macam tak percaya je aku dah pergi paris. hahah. sebab macam random sangat; ahad lepas (7 Oktober)
tetibe aku cam tergerak hati nak tengok harga tiket bas ke paris, pastu aku tanya roommate aku, nabilah
nak gi paris tak? pastu dia cakap nak, and kitorang teruss je plan nak pegi weekend seterusnya. luls.
pegi malam jumaat dan balik malam sabtu. kirenye tido dalam bas je.


kitorang naik bas euroline from london victoria to paris gallieni. memula ingatkan ada jalan terowong 
bawah laut (macam keretapi), rupenye kena naik ferry.. since kitorang dua2 tidur dalam bas, bangun2
je, driver bas dah parking kat mane entah, macam parking lot dalam bangunan, pastu driver suh kitorg
keluar and naik tangga/lif ke tingkat atas.. so sambil mamai, kitorang pun naik tangga.. kitorg pelik la,
apesal pulak kena turun kat bangunan ni? nak tunggu naik feri ke? pastu kitorang tanya info centre,
rupenye, we are already in the ferry! hahahah.. serius weh, feri lawa gile macam dlm bangunan. siap
ada cafe, kedai perfume, macam kat airport. kitorang ingat kena naik feri cam kat langkawi. =.=

gambar di dalam ferry:


sampai2 je, kitorang naik metro ke eiffel tower.. ambik gambar, beli souvenir,
then, blah ke disneyland. sekejap je kat situ, asalkan ada gambar, cukup la. ahahah..


disneyland seronokk.. macam kat dalam kartun je sebab semua benda warna warni dan comel.
tapi cuaca tak elok sangat. dalam pukul 12 ke 1 start hujan.. lebat, renyai, lebat, renyai, ulang2.
kitorang explore disneyland parks dulu baru studio park sebab ingatkan studio park tutup
pukul 10, rupenye pukul 7.. so, sempat jalan sejam je dalam studio park.


random pic at the entrances

disney castle :DDD

nasib baik masa parade cuaca serta merta je jadi elok.. matahari pun keluar. :D
parade best gileeee i felt like jumping up and down like a lil kid :)))

disney princesses. sekejap sangat diorg lalu :(( but sukaaa gile semua org especially 
cinderella and prince charming yg comel sbb diorg pandang camera :DD


lion king! simba!! :DD


toy story! woody!! :D


best pic of the day.. cun je mickey mouse punye gaya.


kesimpulannya, we had a great time. :) alhamdulillah.
harap2 dapat bawak mak abah gi paris satu hari nanti. tapi naik train la. haha..
penat gile klu nak naik bas 8 jam.
______________________________________________________

chronological compilation of the videos taken in paris:




0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino