My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Design Week 1

fuhhh penat *.*


aku baru je habis design week selama seminggu. & konklusinye, bagi aku design week sangat
bestttt but tiring. best sebab.., takyah perah otak blajar solid & structural mechanis; the
whole week ni macam main2 dengan kreativiti je. & design week ni jugak macam sesi 'bonding'
sesama coursemates :)


teammates aku sume friendly & komited buat keje.
david, tom, and mo dari UK, george dari cyprus, amar dari india, rony dari china, and nicholas
dari malaysia. yes, imperial civil engineering's girl to boys ratio is 1 to 7..

___________________________________

1st to 3rd day:

basically, 3 hari pertama, kitorang ditugaskan untuk membangunkan satu kawasan kat london,
iaitu battersea. masalahnye skang, kawasan tu sebelah selatan sungai thames, dan sebelah
utara sungai thames sangat maju; which are chelsea & pimlico. so, kitorang kena fikir cara
nak improve kawasan tu & bina bridge for pedestrians untuk seberang sungai thames.


masa hari pertama, masa mula2 berkenalan, semua macam blur, xtau nak buat apa sume.
then, kitorang rehat jap untuk fikir design bridge. aku pun sketch idea aku untuk connect
4 places sekaligus which are pimlico, chelsea, battersea, & 9elms. & they liked it. :)



tapi design aku tu tak feasible sebab banyak sangat foundations; so bot takleh lalu.. dan
pembangun 'battersea' mesti tak suke kalau bridge tu connected to 9elms ('cos they're rivals)
so.. aku pun modify skit design tu jadi 3 beams je..

2nd day design


kitorang kena fikir 3 design jambatan. & kena present on thursday morning..
david bagitau aku his idea untuk modify design bridge aku, & surprisingly, kebetulan pulak aku
fikir pasal exactly benda yang sama; untuk jadikan design tengah tu macam diamond-like
structure. hahah.. the other 2 bridge designs, direka oleh david & tom, & mo.


our presentation board & models


aku tolong siapkan model 'park bridge'. penat gile kaler benda alah ni & buat pokok yg buruk.
hahah.. buat kerja sampai pukul lapan baru balik... penat gaban. but it was fun :)


design 1: park bridge by tom & david


design 2: diamond bridge by me. aku beli aluminium foil semata2 utk benda alah ni. luls

design 3: battersea bird by mo. mo & nicholas stayed until midnight utk siapkan model ni.

_____________________________

4th & 5th day:

our presentation went well, alhamdulillah :) cuma terlebih masa skit.
lepastu, kitorang ditugaskan untuk bina bentuk dome & bina crane.. untuk dimusnahkan pada
hari jumaat dengan meletakkan pemberat kat atas dome & gantung kat crane.


kitorang bahagi jadi dua kumpulan. aku pilih dome. tapi dome susah gile nak mampuih, seriusly.
nampak macam senang, tapi sangat menguji minda sebenarnya. basically aku tolong2 je dua2.
bab2 critical thinking ni aku lemah sket..

the dome and the crane

diorang suh lukis flag.. so inilah hasilnya.. jeng3... hahaha





aku tinggalkan blank untuk muka aku, pastu david lukiskan. hahaha lawak xD
siap nampak serkup tu x tahan.. luls.
_________________________________

can't wait for the next design week in june.
harap2 dapat teammates yg sama >.<

5 pendapat bernas:

what happen? The result of the test next june?

eju

erm? salah faham ni.. bulan jun nanti ada design week lagi. design week ni macam coursework la lebih kurang..

giler la.. satu group dengan sume lelaki mat saleh.. campaklah sini sorang.. hahaha

eju

kantoi la x baca pun entri ni. hahah.. 4 org je la mat saleh.. 2 cina.. 1 indian..

Loike :)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino