My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Aktiviti di Ambang 2012

selepas pulang dari spain trip selama 8 hari, hanisah and intan tidur kat bilik aku dari 28
Disember sampaila new year.. kitorang da book combined tickets to london dungeon+madame
tussauds. untuk menghabiskan sisa2 cuti dan sisa2 2011 dengan something enjoyable.


29 disember tu still kepenatan sebab spain trip, so the whole day berehat kat bilik je.
30 disember pulak tarikh booked ticket untuk london dungeon. sekali lepas sampai kat sana,
tengok line beratur punye la panjang gile sampai ke kedai seberang sana.. disebabkan kitorg
dah bayar, beratur je la, tunggu giliran sampai 2 jam lamanya. dah la hujan & sejuk. hanisah
sampai menumpang payung omputih yg tengah beratur kat belakang kitorang. hahah xD


lepas dah sampai giliran kitorang, sekali rupenye kitorang ter-book ticket untuk blackpool
tower dungeon- bukannye london dungeon.. nasib baik receptionist tu baik, dia tolong mintak
refund dari blackpool tower and belikan kitorang ticket baru.. walaupun lebih mahal, kitorg
beli je la sebab dah penat2 tunggu 2 jam.


aku bayangkan london dungeon ni macam rumah hantu yg scary gile nak mati.. rupenye
dia just macam cerita2 history kat london yg menakutkan tapi tak takut sangat. ada ramai
pelakon, set dia cantik. tapi almaklumla, since diorang ni berlakon, so nampak fake.. tapi
yang menariknya, dia buat kita rasa macam 'berada' dlm sebuah horror movie rather than
'watching' a horror movie. i give 5.8 out of 10.


31 Disember, aku bawak intan ngan hanisah gi portobello market sebab intan mengidam nak
beli teddy bear.. ramai gile gile orang gi portobello, menimbun-nimbun macam semut urung
gula. sesak gile.. malangnya kedai teddy bear xde.. tapi diorg dpt hasil tangkapan lain-shawls.


lepastu gi oxford street dengan harapan masih ada diskaun sisa2 boxing day yang kitorg terlepas
haritu.. rupenye takde la diskaun sangat.. duit aku pun da pokai, so bye2 la.. tunggu next year
punye boxing day je la.. huhuh.


dan yang paling best antara semua aktiviti adalah, lawatan ke madame tussauds!
memang rasa berbaloi gile duit yang kitorang laburkan utk madame tussauds ni.
dapat jumpa ramai gile orang popular. actors, singers, historical figures, royal family, etc.
walaupun diorang cuma patung, tapi aku eksaited gileee :D


my favourite stars. miley cyrus & shah rukh khan! shah rukh khan hensem gileee :'D
zac efron lak aku start minat dia lepas tengok citer 'charlie st cloud'-not the lame 'high school
musical'. dan tom cruise!! one of the few hollywood actors yg mak aku kenal. heheh :D


memandangkan diorang ni patung je, so boleh la aku posing2 macam adik beradik.
tak batal air sembahyang pun.. hahahha.. :D

my favourite poses


malam tu ingatkan nak pergi tengok fireworks kat big ben-london eye. tapi rasa cam penat
and rasa nak demam. maybe sebab 2 jam beratur dalam hujan tu kot. so, kitorang tengok live
dari bbc je.. seronok jugak, tengok fireworks sambil baring2. tak perlu bersesak. hahah xD


macam tu la berakhirnya 2011 aku.. sekarang dah 2012.
masa untuk kembali ke buku! :D
happy new year!
2 pendapat bernas:

hahaha eju comel giler je waktu gambar last ketiak busuk tu..

eju ni memang cumil lar.

eju

timekasih daun keladi, lain kali puji la lagi... :p

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino